Sabtu, 16 March 2019 | 9:17pm

2 tentera Turki maut bertempur dengan militan

ISTANBUL: Dua tentera Turki terkorban manakala lapan yang lain cedera semasa bertempur dalam satu operasi di utara Iraq, hari ini.

Kementerian Pertahanan Turki berkata, enam militan termasuk seorang wanita berjaya ditumpaskan semasa operasi itu.

Turki sering kali melancarkan serang udara ke atas pangkalan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan, tatkala Presidennya Tayyip Erdogan berusaha mengakhiri kemunculan kumpulan militan di sempadan negaranya.

PKK dianggap pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Turki yang melancarkan pemberontakan selama tiga dekad sehingga mengorbankan kira-kira 40,000 orang. - Reuters

Berita Harian X