Sabtu, 16 March 2019 | 11:35am
JACINDA Adern. - Foto AFP

Suspek mahu teruskan pembunuhan sebelum ditangkap - PM New Zealand

CHRISTCHURCH : Suspek utama pembunuhan di dua masjid di sini mahu meneruskan serangan itu ke lokasi lain sebelum berjaya ditangkap polis.

Perdana Menteri, Jacinda Adern hari ini berkata, penyerang itu sedang dalam pergerakan ketika ditahan dan membawa bersama dua lagi senjata dalam kenderaan dipandunya.

“Ia secara jelas menunjukkan bahawa suspek sememangnya berniat untuk melakukan lebih banyak serangan,” kata Ardern kepada wartawan di Christchurch.

Suspek, dikenali sebagai Brenton Tarrant, 28 seorang rakyat Australia didakwa dengan tuduhan membunuh walaupun menurut Ardern, lebih banyak pertuduhan akan dikenakan selepas ini.

“Saya masih belum memperoleh maklumat lengkap namun pada ketika ini dapat disahkan bahawa ada kanak-kanak turut menjadi mangsa,” katanya ketika mengulas mengenai mangsa terbabit. - Reuters

4973 dibaca
Berita Harian X