Jumaat, 15 March 2019 | 4:16pm
48 orang dirawat di Hospital Christchurch akibat ditembak. - Foto AFP

48 cedera ditembak, dirawat di Hospital Christchurch

CHRISTCHURCH: Kira-kira 48 orang, termasuk kanak-kanak, dirawat di Hospital Christchurch akibat ditembak dalam insiden serangan di dua buah masjid di bandaraya itu hari ini, kata pihak berkuasa kesihatan New Zealand.

Pihak berkuasa berkata, kecederaan yang dialami mangsa adalah ringan hingga kepada kritikal.

Ketika kejadian, sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata membunuh 40 orang ketika sedang solat Jumaat di dua masjid di sekitar Christchurch.

Ia disifatkan sebagai serangan bersenjata paling buruk di negara itu, yang disifatkan Perdana Menteri Jacinda Ardern sebagai serangan keganasan. - Reuters

Berita Harian X