Jumaat, 15 March 2019 | 3:40pm
Ardern ketika berucap di televisyen susulan serangan dua masjid Christchurch hari ini. -AFP

NZ naikkan paras ancaman tertinggi

CHRISTCHURCH: Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, tahap ancaman keselamatan negara itu dinaikkan ke paras ‘tertinggi’ susulan serangan berdarah di dua masjid di sini.

“Kami menaikkan paras ancaman dari tahap rendah ke paras tertinggi. Kami mengukuhkan tindak balas daripada agensi kami di sempadan, di lapangan terbang.

“Malah, pada setiap peringkat, kami memberi tindak balas tertinggi,” kata Ardern menambah tiga orang ditahan bukan dalam senarai pemerhatian pengganas.

Terdahulu, PM New Zealand itu mengumumkan 40 maut dan lebih 20 cedera parah dalam apa yang digelar hari paling gelap susulan serangan ‘pengganas’ di dua masjid di bandar ini.

Di bawah adalah ucapan beliau kepada negara susulan serangan:

“Kami bukan dipilih untuk tindakan ganas kerana kami menerima diskriminasi, kerana kami sebuah wilayah untuk pelampau.

“Kami dipilih atas dasar kami bukan semua yang saya sebutkan. Kerana kami mewakili kepelbagaian, kebaikan, belas kasihan. Sebuah rumah bagi mereka yang berkongsi nilai kami. Pelarian yang memerlukannya. Serta nilai itu tidak boleh goyah dengan serangan ini.

“Kami adalah sebuah negara berbangga dengan lebih 200 etnik, 160 bahasa. Antara kepelbagaian yang kami berkongsi nilai. Satu tempat yang kami letakkan nilai ketika ini adalah belas kasihan dan sokongan buat masyarakat yang terjejas secara langsung dengan tragedi ini.

“Keduanya, kutukan sekeras-kerasnya terhadap ideologi sesiapa yang melakukannya. Anda mungkin memilih kami, kami menolak dan mengutuk anda.” -AFP

Berita Harian X