Jumaat, 15 March 2019 | 3:10pm
40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch. - Foto AFP

49 maut, 20 parah serangan dua masjid di New Zealand

CHRISTCHURCH: Seramai 49 orang maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

“Dapat saya jelaskan di sini bahawa insiden ini boleh dikelaskan sebagai serangan pengganas,” katanya.

“Apa yang kami tahu, ia kelihatan seperti sudah dirancang lebih awal.”

“Dua peranti letupan yang dipasang pada kenderaan penembak juga sudah ditemui serta sudah dimatikan,” katanya. - AFP

Berita Harian X