Jumaat, 15 March 2019 | 3:04pm
SCOTT Morrison. - Foto AFP

Penyerang dua masjid New Zealand warga Australia

SYDNEY: Seorang lelaki bersenjata yang membunuh berpuluh jemaah di dua masjid di New Zealand hari ini adalah pelampau sayap kanan dengan kewarganegaraan Australia, kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Morrison berkata, insiden tembakan rambang di Christchurch itu dilakukan “seorang pelampau, sayap kanan, pengganas kejam” yang juga seorang warga negara kelahiran Australia.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut dan menyatakan siasatan itu diketuai oleh pihak berkuasa New Zealand. - AFP

2914 dibaca
Berita Harian X