Jumaat, 15 March 2019 | 3:00pm
ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian. - Foto AFP

Christchurch dibuka semula selepas insiden serangan - Polis

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini menarik balik arahan penutupan bandar Christchurch selepas insiden serangan bersenjata yang mengorbankan sejumlah nyawa di dua masjid di tengah bandar di sini, hari ini.

Polis berkata, ia sekali gus membolehkan ibu bapa mengambil anak mereka yang berlindung di sekolah-sekolah.

“Polis kini mengesahkan bahawa penutupan semua sekolah di seluruh Christchurch ditarik balik,” kata Polis New Zealand dalam satu kenyataan.

Polis turut mengarahkan semua masjid di seluruh New Zealand untuk menutup pintu demi keselamatan jemaah. - AFP

Berita Harian X