Jumaat, 15 March 2019 | 12:58pm
POLIS New Zealand memberi amaran tidak menyebarkan ‘rakaman dan gambar mengerikan’ insiden maut tembakan rambang sekitar masjid di Christchurch. - Foto AFP

Polis New Zealand beri amaran jangan sebar gambar ngeri

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand memberi amaran dan merayu orang ramai untuk tidak menyebarkan ‘rakaman dan gambar mengerikan’ insiden maut tembakan rambang sekitar masjid di Christchurch hari ini

“Polis sedar wujudnya rakaman yang agak ngeri dan menyedihkan berkaitan kejadian di Christchurch yang mula tular dalam talian,” kata polis New Zealand di Twitter.

“Kami dengan tegasnya menyeru agar pautan itu tidak dikongsi. Kami sedang berusaha untuk mengeluarkan sebarang rakaman yang disifatkan tidak sesuai.” kata polis. - AFP

2846 dibaca
Berita Harian X