Jumaat, 15 March 2019 | 11:42am
ANGGOTA penyelamat membawa mangsa yang cedera untuk dirawatan di hospital. - Foto Reuters
AMBULANS berada di lokasi selepas kejadian tembakan rambang di sebuah masjid di bandar Christchurch, New Zealand. - Foto Reuters
PASUKAN perubatan membantu yang mangsa yang cedera. - Foto AP
POLIS menahan suspek tembakan. - Foto nzherald.co.nz

6 maut, beberapa cedera, serangan masjid di New Zealand

CHRISTCHURCH: Beberapa orang maut manakala beberapa lagi cedera apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid yang penuh sesak menjelang solat jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan bandar di Pulau Selatan itu ditutup kepada orang ramai.

Polis New Zealand berkata serangan berlaku di dua lokasi berbeza dan seorang lelaki ditahan susulan insiden tembakan rambang di Christchurch itu. - AFP

Berita Harian X