Jumaat, 22 Februari 2019 | 10:38am
Tentera Kurdish mengawal trak membawa anggota militan yang menyerah diri di wilayah utara Syria. Foto AFP

Dua insiden bom kereta kejutkan barat laut Syria

AMMAN: Dua insiden bom kereta di dua daerah di barat laut Syria mengakibatkan sekurang-kurangnya enam maut, iaitu serangan terbaharu di kawasan dikuasai pemberontak, semalam.

Menurut saksi, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang lelaki maut, manakala sekurang-kurangnya 20 cedera apabila sebuah kereta meletup di jalan utama, di Afrin, selepas perarakan oleh anggota kadet polis.

Kawasan itu sering dikejutkan dengan insiden letupan bom, sejak pihak militan Kurdish YPG Syria yang disokong Washington diusir dari Afrin oleh pemberontak Arab yang disokong Turki, pada tahun lalu.

Pemberontak sering mengaitkan insiden itu dengan pemberontak militan Kurdish.

Sebelum ini, militan YPG berjanji untuk tidak membenarkan pemberontak Arab untuk mengukuhkan penguasaannya terhadap bandar Kurdish.

Pemberontak Arab yang disokong Turki berkata, mereka akan memastikan ribuan ahli keluarga dapat pulang ke kampung halaman masing-masing, selepas diusir oleh pasukan tentera Kurdish yang disokong Washington. - Reuters

Berita Harian X