Selasa, 12 Februari 2019 | 8:32pm
Beberapa buah kereta Masereti yang dibeli semasa penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Papua New Guinea (PNG), tahun lepas dilaporkan hilang. - Foto ABC News

Kereta mewah hilang semasa sidang APEC di PNG

PORT MORESBY: Beberapa buah kereta Masereti yang dibeli semasa penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Papua New Guinea (PNG), tahun lepas dilaporkan hilang.

Namun, kerajaan PNG mengakui kehilangan kenderaan mewah terbabit hari ini dan akan melancarkan satu siasatan bagi menjejakinya semula.

Sebelum ini, kerajaan berdepan kritikan keras kerana melakukan perbelanjaan tinggi termasuk memberi kereta mewah yang setiap buah bernilai AS$150,000 (RM611,500) bagi penganjuran sidang kemuncak APEC yang berlangsung pada November lepas dan kemudian berjanji untuk menjualnya semula.

Tetapi sekarang, polis mengakui mereka tidak tahu di mana kereta itu berada.

“Unit polis ditubuhkan dalam ibu negara bagi mendapatkan kembali aset kerajaan termasuk mendapatkan kembali kereta yang dibeli semasa mesyuarat APEC,” kata polis dalam kenyataan.

Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan berapa buah yang dilaporkan hilang atau sesiapa yang disyaki mencurinya.-AFP.

916 dibaca
Berita Harian X