Selasa, 12 Februari 2019 | 1:07pm
Imej menunjukkan asap tebal dan api memenuhi tingkat atas hotel empat tingkat itu, popular dengan pelancong bajet. Polis berkata, mereka masih menyiasat puncanya. -Foto Agensi

17 maut hotel bajet terbakar di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang maut ketika sebuah hotel bajet terbakar di ibu kota ini pada awal pagi, dalam bencana terbaharu di negara itu.

Kebakaran meletus di Hotel Arpit Palace di bahagian sesak tengah ibu kota ini dengan imej menunjukkan api marak menjilat keseluruhan tingkat atas.


Hotel Arpit Palace terkenal dengan pelancong bajet di tengah ibu kota New Delhi. -Foto Agensi

“Kami mengesahkan dengan pihak berkuasa hospital, angka maut kini 17 orang termasuk seorang kanak-kanak,” kata seorang pegawai bomba, Sunil Choudhary kepada AFP.

Media tempatan melaporkan, wanita dan anaknya maut ketika cuba menyelamatkan diri dengan melompat dari tingkap.

Pengarah briged bomba ibu kota ini, G C Misra berkata, kebakaran sudah dikawal dan 35 orang diselamatkan oleh anggotanya dalam operasi berlangsung selama beberapa jam.

“Ada panel kayu di kaki lima, justeru penghuni tidak dapat menggunakannya untuk menyelamatkan diri,” kata seorang pegawai bomba kepada media.

Imej menunjukkan asap tebal dan api memenuhi tingkat atas hotel empat tingkat itu, popular dengan pelancong bajet. Polis berkata, mereka masih menyiasat puncanya.

Kebakaran berjaya dipadam pada awal pagi dengan bantuan sekurang-kurangnya 25 jentera bomba dengan tingkat atas musnah sepenuhnya. -AFP

264 dibaca
Berita Harian X