Selasa, 12 Februari 2019 | 8:08am
Gambar diambil 26 Julai 2018 berhampiran Kibbutz Ein Zivan dalam Bukit Golan diduduki Israel, menunjukkan asap keluar dari bangunan merentasi sempadan di Syria ketika serangan udara menyokong tentangan diketuai kerajaan di wilayah selatan Quneitra. -Foto AFP

Kereta kebal Israel sasar Bukit Golan

DAMSYIK: Serangan kereta kebal tentera Israel semalam mengenai wilayah selatan Syria di Quneitra yang bersempadan jajahan Bukit Golan, kata media tempatan di negara bergolak itu.

“Serangan meriam Israel menyasar sebuah hospital musnah di Quneitra dan stesen pemantauan,” kata agensi berita SANA.

Sumber tentera dipetik agensi itu berkata, serangan itu hanya menyebabkan kerosakan.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, tujuh meriam mengenai kedudukan rejim di Quneitra, termasuk sebuah pos pemantau.

Kumpulan itu berkata, serangan terbabit mengakibatkan kehilangan nyawa tanpa memberi jumlahnya.

Tentera Syria mengambil alih kawalan di bahagian selatan Quneitra pada pertengahan 2018, lima tahun selepas pemberontak mengawalnya.

Israel merampas kawasan seluas 1,200 kilometer persegi Bukit Golan dari Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mendudukinya dalam tindakan tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. -AFP

551 dibaca
Berita Harian X