Jumaat, 8 Februari 2019 | 2:22am
PASUKAN penyelamat melihat sebuah bangunan lapan tingkat di daerah Kartal yang runtuh di Istanbul. - Foto AFP

Jumlah kematian apartmen runtuh naik 10 orang

ISTANBUL: Jumlah kematian akibat apartmen runtuh di Istanbul meningkat kepada 10 orang, semalam, ketika lebih banyak mayat dikeluarkan daripada runtuhan, menurut pihak berkuasa Turki.

Bangunan lapan tingkat di daerah Kartal itu, sebelah benua Asia Istanbul runtuh, kelmarin, namun puncanya masih tidak diketahui.

Sebelum ini, penyelamat melaporkan dua orang maut, namun gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya semalam berkata, jumlah itu melonjak kepada 10, ketika lebih banyak mayat ditarik keluar, lapor agensi berita Anadolu.

Katanya, 13 mangsa lain cedera dengan tiga daripada mereka dalam keadaan serius. - AFP

3655 dibaca
Berita Harian X