Khamis, 7 Februari 2019 | 4:32pm
ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa bangunan runtuh di daerah Kartan. - Foto AFP

Dua maut apartmen runtuh di Turki

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala enam cedera selepas apartmen lapan tingkat dilaporkan runtuh dekat sini, kata pejabat gabenor hari ini

Namun, punca sebenar runtuhan bangunan yang terletak di daerah Kartan di bahagian Asia bandar itu belum diketahui.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memberitahu wartawan di lokasi itu bahawa seramai 43 orang yang didaftarkan tinggal dalam 14 bangunan itu, namun tiga tingkat di bahagian atasnya dibina secara haram.

Yerlikaya menambah, terdapat juga bengkel tekstil di tingkat bawah yang beroperasi tanpa lesen.

Pengerusi bagi Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turki (AFAD) berkata, operasi menyelamat dan mencari sedang dilakukan.

Setakat ini, tiga mangsa masih hidup berjaya ditarik keluar pasukan kecemasan sementara jalan menuju ke lokasi itu dihalang oleh kenderaan dan orang ramai.

Menurut agensi berita tempatan Anadolu, Presiden Tayyip Erdogan sudah menghantar Menteri Dalam Negeri dan Alam Sekitar ke lokasi kejadian. - Reuters

301 dibaca
Berita Harian X