Sabtu, 26 Januari 2019 | 1:13am
AHLI keluarga tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah Ehab Abed di hospital. - Foto Reuters

Zionis tembak mati lelaki Palestin

GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel dalam tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza, semalam, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu.

“Ehab Abed, 25, terbunuh akibat tembakan penjajah Israel di timur Rafah, selatan Gaza,” kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra.

Wartawan AFP di hospital memaklumkan mangsa ditembak pada bahagian jantung.

Ribuan penduduk Palestin berkumpul di banyak lokasi sepanjang sempadan. Tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup untuk memaksa penunjuk perasaan menjauhi sempadan. - AFP

Berita Harian X