Isnin, 14 Januari 2019 | 7:23pm
MEVLUT Cavusoglu. - AFP

Turki tidak gentar ancaman Donald Trump

ANKARA: Turki berkata hari ini bahawa mereka tidak gentar berdepan sebarang ancaman selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran mengenai kesan ekonomi yang melanda negara itu susulan melancarkan mana-mana serangan terhadap tentera Kurdish.

Namun, Ankara menegaskan mereka bersedia menerima pandangan mengenai zon keselamatan di Syria.

“Kami sudah berulang kali tidak sekali gentar atau terancam dengan mana-mana ancaman.

“Lagipun ancaman ekonomi terhadap Turki tidak akan berkesan,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.

Semalam, Trump menerusi akaun laman sosial di Twitter memberi amaran bahawa AS mungkin ‘ menghancurkan ekonomi Turki jika mereka menyerang tentera Kurdish’ berikutan penarikan balik tentera AS di Syria.

Namun, Cavusoglu menempelak Trump yang menggunakan media sosial sebagai berkata “Rakan strategik, sekutu tidak mengadakan perbincangan menerusi Twitter dan media sosial,” katanya memberitahu wartawan.

Sebelum ini jurucakap kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin berikrar bahawa Ankara akan terus berperang menentang militia Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) meskipun diberi amaran Trump. -AFP.

Berita Harian X