Sabtu, 22 Disember 2018 | 11:34pm
PENDUDUK Palestin terus bertempur dengan tentera Israel. Jumlah penduduk Palestin dibunuh dalam tunjuk perasaan di sempadan meningkat empat orang. - Foto EPA

Israel bunuh 4 penduduk Palestin

GAZA: Jumlah penduduk Palestin dibunuh dalam tunjuk perasaan di sempadan meningkat empat orang, sejak sehari lalu, selepas seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia akibat kecederaan tembakan tentera Zionis, menurut Kementerian Kesihatan wilayah Hamas itu.

Ayman Shehr ditembak di perut di Deir Al-Balah, tengah Gaza, kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra.

Tiga lagi penduduk Palestin termasuk seorang remaja 16 tahun ditembak mati tentera Israel, semalam, ketika tunjuk perasaan di sempadan Gaza.

Sekurang-kurangnya 239 penduduk Palestin terbunuh, sejak tunjuk perasaan di sempadan Gaza, mulai 30 Mac lalu, kebanyakan daripada mereka ditembak tentera Israel. - AFP

268 dibaca
Berita Harian X