Rabu, 24 Oktober 2018 | 8:03pm
SELEPAS lebih dua minggu menafikan Khashoggi sudah meninggal dunia, kerajaan Arab Saudi, Sabtu lalu mengaku beliau terbunuh dalam pergaduhan di dalam konsulat dan berkata pembunuhan itu bukan arahan kerajaan. - Foto EPA

Pegawai Arab Saudi larang dekati telaga

ANKARA: Pegawai Arab Saudi enggan membenarkan polis Turki menjalankan pencarian dalam telaga di taman konsulat negara itu sebagai sebahagian siasatan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, lapor agensi berita Anadolu hari ini.

Pihak berkuasa sebelum ini melakukan pemeriksaan di konsulat dan kediaman ketua konsul di Istanbul berhubung siasatan itu.

Selepas beberapa minggu membuat penafikan, Arab Saudi akhirnya mengaku Khashoggi dibunuh di konsulat berkenaan. — Reuters

Berita Harian X