Isnin, 22 Oktober 2018 | 4:52pm
WARTAWAN, Jamal Khashoggi. - Foto AFP

5 pekerja Turki beri keterangan kes bunuh wartawan

ISTANBUL: Lima kakitangan Turki yang bekerja di konsulat Arab Saudi memberikan keterangan sebagai saksi siasatan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, lapor stesen penyiar NTV hari ini.

Dua puluh pekerja konsulat memberikan kenyataan kepada pendakwa raya berkaitan dengan kejadian itu minggu lalu, lapor NTV sebelum ini.

Khashoggi hilang pada 2 Oktober lalu selepas memasuki konsulat di Istanbul.

Selepas menafikan mengetahui nasib wartawan itu, pegawai Arab Saudi berkata beliau dibunuh dalam ‘operasi ganas’. — Reuters

Berita Harian X