Selasa, 9 Oktober 2018 | 4:51pm
TURKI menahan 90 orang kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan PKK. - Foto fail AFP

Turki tahan 90 disyaki anggota militan PKK

ANKARA: Turki menahan 90 orang kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan, kata kementerian dalam negeri.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, operasi dilakukan di lapan wilayah dalam usaha untuk mengekang aktiviti anggota PKK dan operasi itu masih berjalan.

Bagaimanapun, pihak kementerian tidak segera mendedahkan identiti semua tahanan.

Parti Demokratik Pro-Rakyat Kurdish (HDP) pada Ahad lalu berkata, seramai 140 orang ahlinya ditahan dalam tempoh tiga hari dan penahanan itu dikatakan bermotif politik.

Kerajaan Turki menyalahkan HDP yang mempunyai kaitan denga PKK, sebuah organisasi pengganas yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat (AS), Turki dan Kesatuan Eropah.

HDP menafikan ia mempunyai hubungan dengan rangkaian itu.

PKK pula dikatakan melakukan pemberontakan terhadap Turki sejak 1984, malah keganasan di tenggara Kurdish semakin meningkat susulan pencabulan gencatan senjata pada 2015. - Reuters

Berita Harian X