Isnin, 8 Oktober 2018 | 6:44pm
WARTAWAN terkenal Jamal Khashoggi, hilang minggu lalu. - Foto EPA

Turki minta izin geledah konsulat Arab Saudi

ANKARA: Turki meminta kebenaran menggeledah konsulat Arab Saudi untuk mencari wartawan terkenal Jamal Khashoggi, yang hilang minggu lalu, lapor stesen penyiaran NTV hari ini.

Pegawai Turki memberitahu hujung minggu lalu bahawa mereka percaya Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul dan Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata beliau mengikuti kes itu secara peribadi.

Hari ini, pegawai Turki juga berkata diplomat Arab Saudi ke Ankara dipanggil ke Kementerian Luar untuk kali kedua semalam dan diminta diplomat Turki supaya memberi kerjasama berhubung perkara itu. — Reuters

Berita Harian X