Selasa, 21 Ogos 2018 | 1:27pm
HASSAN Rouhani. - Foto EPA

Iran pamer jet pejuang baru buatan tempatan

TEHRAN: Iran mempamerkan jet pejuang domestik pertamanya pada pertunjukan pertahanan di ibu kota negara itu hari ini.

Imej di televisyen menunjukkan Presiden Hassan Rouhani duduk dalam kokpit pesawat baru ‘Kowsar’ pada pameran Industri Pertahanan Kebangsaan.

Ia adalah jet pejuang generasi keempat, dengan kelengkapan elektronik canggih dan radar pelbagai guna, lapor agensi berita Tasnim, menambah ia adalah buatan tempatan 100 peratus.

Stesen televisyen melaporkan, ia sudah berjaya menjalani ujian dan menunjukkan pesawat itu menunggu di landasan untuk penerbangan pertunjukan pertama.

Pesawat itu diumumkan secara terbuka buat kali pertama Sabtu lalu oleh Menteri Pertahanan, Amir Hatami, yang berkata ia akan dipamerkan esok.

Beliau memberikan sedikit butiran mengenai projek itu, memberi tumpuan kepada usaha Iran meningkatkan pertahanan peluru berpandunya.

Hatami berkata, program pertahanan itu digerakkan oleh memori serangan peluru berpandu dihadapi Iran ketika perang lapan tahun dengan Iraq pada 1980-an dan dengan ancaman berulang kali dari Israel dan Amerika Syarikat, bahawa semua pilihan terbentang dalam berurusan dengan republik itu. — AFP

92 dibaca
Berita Harian X