Isnin, 9 Julai 2018 | 7:43pm
TANG Shuaihui memenangi pertandingan memakan 50 cili di wilayah Hunan di tengah China. - Foto EPA
TANG menghabiskan cili dalam pinggan dalam masa 68 minit dalam kolam renang cetek diisi air dan tiga tan cili terapung. - Foto EPA

Rekod makan 50 biji cili seminit

NINGXIANGPU: Pesta cili tahunan bermula hari ini di wilayah Hunan di tengah China, dengan pertandingan yang menyaksikan pemenang mampu memakan 50 cili dalam masa lebih seminit.

Penduduk tempatan, Tang Shuaihui, membawa pulang syiling emas 24 karat seberat tiga gram kerana memenangi pertandingan itu.

Dengan doktor berada di lokasi pertandingan, 10 peserta memegang pinggan diisi dengan 50 cili Tabasco, berlumba untuk menjadi yang pertama menghabiskannya.

Tang menghabiskan cili dalam pinggan dalam masa 68 minit dalam pertandingan yang diadakan dalam suhu panas dan ketika peserta duduk dalam kolam renang cetek diisi air dan tiga tan cili terapung.

"Ia menghabiskan cili pada kepantasan mengagumkan, sebaik sahaja juruacara selesai bercakap," kata pekerja taman tema Tanhe Ancient City.

Cili Tabasco berada pada kedudukan 30,000 hingga 50,000 pada Skala Scoville Heat Scale yang mengukur kepedasan cili, yang meletakkan ia antara jalapeno dan habanero.

Cili yang dibiarkan terapung, bagaimanapun, tidak begitu pedas, mengelakkan menjejaskan kulit peserta.

Pesta itu berlanjutan sehingga akhir Ogos, dengan pertandingan memakan cili segar diadakan setiap hari. - AFP

Berita Harian X