Selasa, 8 Mei 2018 | 2:03am
SEBAHAGIAN bangunan yang musnah akibat serangan jet pejuang mengebom beberapa kali di ibu kota Yaman, semalam. - Foto Reuters

Enam maut, 30 cedera serangan berkembar di Yaman

SANAA: Sekurang-kurangnya enam maut manakala 30 lagi cedera selepas dua serangan udara menggempur pejabat presiden di kawasan dikawal pemberontak di ibu kota Yaman semalam.

Ketika ini, pejabat presiden digunakan pemberontak Houthi yang disokong Iran yang menyaksikan stesen televisyen Al-Masirah menyalahkan tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi melakukan serangan itu.

Pada September 2014, pemberontak Syiah itu mengusir tentera prokerajaan dari Sanaa dan menguasai negara miskin di Semenanjung Arab itu.

Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi menghabiskan masa tiga tahun dalam buangan di Arab Saudi dan bandar pelabuhan selatan Aden diisytiharkan sebagai ibu negara oleh pemberontak Houthi.

Sumber perubatan mengatakan enam maut dan sekurang-kurangnya 30 orang cedera dalam serangan semalam yang selepas itu disaksikan wartawan AFP.

Laporan Al- Masirah juga menyatakan enam yang maut itu termasuk kanak-kanak manakala 86 yang lain cedera. - AFP.

16 dibaca
Berita Harian X