Isnin, 16 April 2018 | 12:29pm
RATUSAN anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar di Sydney. - Foto AFP

2,430 hektar hutan terbakar di Sydney

SYDNEY: Ratusan anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar ini hari ini, namun tiada rumah musnah atau mangsa cedera dalam kejadian itu menurut pihak berkuasa.

Polis New South Wales (NSW) sedang menyiasat punca kebakaran belukar di barat daya ibu kota ini yang bermula tengah hari Sabtu disyaki sengaja dimulakan ketika cuaca musim luruh agak panas dengan angin kencang.

Kebakaran itu memusnahkan lebih 2,430 hektar kawasan dengan beberapa penduduk terpaksa berpindah.


RATUSAN anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar di Sydney. - Foto AFP

"Agak luar biasa insiden kebakaran tidak membabitkan kehilangan nyawa atau hartanah dan semua ini hasil kerja keras perkhidmatan bomba," kata Pemangku Menteri Perkhidmatan Kecemasan Mark Speakman kepada media hari ini.

Pesuruhjaya Bomba NSW Shane Fitsimmons berkata, satu-satunya laporan kerosakan adalah pagar dan rumah permainan kanak-kanak.

Beliau menambah, beberapa keadaan termasuk musim panas kering menyumbang kepada situasi buruk kebakaran. -AFP

Berita Harian X