Jumaat, 30 March 2018 | 7:04pm

Israel tembak mati 2 penduduk Gaza, 50 cedera

GAZA: Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terkorban dan lebih 50 lagi cedera ditembak tentera rejim Zionis, kata pegawai perubatan hari ini, ketika penduduk Gaza memulakan bantahan enam minggu di sepanjang sempadan dengan Israel.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh, petani di Gaza, maut dibedil peluru kereta kebal Israel di selatan Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan.

Sementara mangsa kedua terkorban dalam pertempuran dengan tentera di sepanjang sempadan berpagar itu, kata pegawai hospital.

Jurucakap tentera Israel berkata di selatan Gaza, kedua-duanya mendekati pagar keselamatan mula beroperasi mencurigakan dan kereta kebal membedil mereka.

Ketegangan memuncak sepanjang sempadan kerana bantahan itu yang diadakan berkebetulan dengan sambutan Good Friday oleh penduduk Yahudi dan Kristian. - Reuters

Berita Harian X