Sabtu, 24 March 2018 | 12:18am
Penduduk Palestin menunggu permit untuk perjalanan ke Mesir melalui pintu sempadan Rafah selepas dibuka oleh pihak berkuasa Mesir, di selatan Gaza. - Foto REUTERS

Mesir buka sempadan Gaza

BANDAR GAZA: Mesir membuka sempadan yang ditutup dengan Semenanjung Gaza selama dua hari bermula hari ini, kata pihak berkuasa Palestin (PA).

Kedutaan Palestin di Kaherah berkata, menerusi pembukaan ketiga tahun ini, lintasan sempadan antara wilayah Palestin dan rantau Sinai Mesir itu dibuka hari ini untuk kes kemanusiaan.

Sempadan Rafah adalah satu-satunya laluan keluar bagi penduduk Gaza, namun Mesir menutupnya sejak beberapa tahun lalu, memetik ancaman keselamatan.

Pihak berkuasa Mesir memiliki hubungan tidak konsisten dengan pemimpin Hamas di sini, yang dituduh menyokong serangan dalam Mesir.

Pembukaan kedua-dua sempadan sebelum ini terpaksa dipendekkan susulan keadaan keselamatan di Sinai. -AFP

Berita Harian X