Selasa, 20 Februari 2018 | 12:58am
SEORANG wanita dan kanak-kanak Syria menyelamatkan diri di celah runtuhan bangunan berikutan serangan tentera kerajaan terhadap kawasan dikuasai pemberontak di Hammuriyeh. - Foto AFP

44 penduduk awam maut bedilan rejim Syria

HAMMURIYEH: Bedilan kuat daripada tentera Syria mengorbankan 44 penduduk awam di kawasan pemberontak di timur Ghouta, hari ini ketika tentera rejim bersiap untuk melakukan serangan darat.

Perkembangan ini berlaku ketika militan pro kerajaan dijangka masuk ke kawasan dikawal Kurdis di Afrin untuk menentang serangan Turki sejak sebulan lalu.

Timur Ghouta dikawal pemberontak sejak 2012, ia adalah kawasan kecil pembangkang terakhir di sekitar Damsyik dan Presiden Bashar al-Assad sudah menghantar tentera sokongan dalam percubaan untuk merampas kembali kawasan itu.

Beberapa serangan udara, roket dan meriam artileri disasarkan ke beberapa kawasan di seluruh timur Ghouta yang meragut 44 nyawa dan mencederakan puluhan mangsa lain.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, 20 orang maut dalam serangan udara di Hammuriyeh dan sembilan lagi terkorban akibat pengeboman di Saqba.

Baki mangsa lagi terbunuh apabila kawasan lain disasarkan dengan empat kanak-kanak antara yang terkorban maut. - AFP

Berita Harian X