Ahad, 4 Februari 2018 | 1:47am

Lima tentera Turki maut dalam serangan di Syria

ANKARA: Lima anggota tentera Turki terbunuh, semalam, dalam serangan ke atas kereta kebal ketika melancarkan operasi merentas sempadan menentang militia Kurdish di Syria, kata tentera dalam satu kenyataan.

Kesemua tentera berkenaan berada di dalam kereta kebal ketika dibedil di timur laut wilayah Afrin di utara Syria yang menyaksikan Turki giat menjalankan kempen menentang Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang disifatkan Ankara sebagai kumpulan pengganas, kata tentera. - AFP

Berita Harian X