Isnin, 22 Januari 2018 | 12:55am

Orang awam maut serangan udara Turki

BEIRUT: Seramai lapan orang awam disahkan terbunuh dalam serangan udara pasukan Turki di Afrin, utara Syria, Ahad.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain berkata, antara mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan di perkampungan Jalbara.

Jurucakap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPC) di Afrin, Birusk Hasakeh berkata, lapan mangsa itu maut dalam serangan peluru berpandu di kawasan kediaman mereka, di sebuah ladang penternakan ayam.

Dalam foto dihantar ke AFP, penyelamat dari Persatuan Bulan Sabit Merah Kurdis dilihat mengeluarkan beberapa mayat yang berlumuran darah dari runtuhan konkrit.

Ia hari kedua Operasi Dahan Zaitun oleh pasukan keselamatan Turki dan rakan sekutu mereka, terdiri dari kumpulan pemberontak Syria. - AFP

Berita Harian X