Ahad, 21 Januari 2018 | 12:34am

Turki lancar operasi usir militia Kurdis

HASSA, Turki: Turki, semalam melancarkan operasi udara dan darat untuk mengusir militia Kurdis dari wilayah di utara Syria, tidak mengendahkan amaran Amerika Syarikat bahawa tindakan itu berisiko membuatkan kawasan berkenaan tidak stabil.

Turki mengerah puluhan kenderaan tentera ke sempadan dan mengumpulkan pemberontak Syria yang pro-Ankara sebagai persediaan melancarkan operasi terhadap militan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) yang dianggap Turki sebagai pertubuhan pengganas.

Presiden Recep Tayyip Erdogan, berulang kali berikrar Turki akan menghapuskan 'sarang pengganas' di Syria, di sebalik amaran operasi itu sukar dan menyulitkan hubungan dengan Washington dan Moscow.

Kementerian Luar Russia berkata, ia menerima berita kempen itu dengan bimbang dan menggesa semua pihak bertenang.

Menggelar kempen baru itu sebagai 'Olive Branch', tentera Turki berkata ia bermula pada jam 4 petang waktu tempatan semalam dan mensasarkan YPG dan militan Daesh.

Tentera berkata, operasi menghormati kedaulatan wilayah Syria dan diwajarkan dengan hak negara itu menurut undang-undang antarabangsa. - AFP

Berita Harian X