Isnin, 15 Januari 2018 | 1:07am

AS latih pemberontak di Syria

ANKARA: Jurucakap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengecam usaha tentera gabungan diketuai Amerika Syarikat untuk melatih pasukan keselamatan sempadan di Syria utara termasuk pejuang Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG).

Ibrahim Kalin berkata, ia disifatkan sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak boleh diterima.

"Mereka tidak menamatkan sokongan terhadap YPG, seperti yang diminta Ankara, sebaliknya Amerika Syarikat mengambil langkah membimbangkan dengan mengiktiraf organisasi ini dan mengekalkannya di rantau ini. Ia tidak mungkin dapat diterima."

Turki menganggap YPG sebagai kesinambungan kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan, sejak melancarkan pemberontakan di tenggara Turki pada 1980-an.

Ankara akan terus menentang mana-mana organisasi pengganas tanpa mengira nama dan bentuknya di dalam mahupun di luar sempadannya," kata Kalin. - Reuters

Berita Harian X