Sabtu, 23 Disember 2017 | 6:15pm
RAKYAT Palestin mengangkat mangsa yang tercedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza. - Foto AFP

Korban penduduk Gaza meningkat 11

GAZA: Seorang lagi penduduk Palestin terkorban selepas cedera ditembak tentera Israel ketika bantahan di sempadan Gaza, menolak pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Amerika Syarikat.

Kematian Sharaf Shalash, 28, Ahad lalu ketika demonstrasi di timur Jabalia di utara Semenanjung Gaza menjadikan angka korban kepada 11, sejak pengumuman dibuat Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashrarf al-Qudra.

Daripada jumlah itu, sembilan terkorban dalam pertempuran dengan tentera Israel manakala dua lagi dalam serangan udara rejim Zionis di Gaza. - AFP

14 dibaca
Berita Harian X