Ahad, 17 Disember 2017 | 1:38am
MESIR membuka sempadannya kali kedua sejak pihak berkuasa Palestin mengambil alih penyeliaan laluan daripada Hamas.- Foto AFP

Mesir buka sempadan 4 hari

GAZA: Mesir membuka sempadannya kali kedua sejak pihak berkuasa Palestin mengambil alih penyeliaan laluan daripada Hamas.

Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas berkata, sempadan Rafah dibuka selama empat hari untuk memudahkan penduduk berurusan di Mesir.

Mereka dibenarkan untuk mendapatkan rawatan yang tidak diperolehi di Gaza termasuk pendaftaran pelajar universiti di Mesir dan penduduk Gaza yang bekerja di luar.

Rafah adalah satu-satunya sempadan lintasan ke Gaza yang tidak dikawal oleh Israel. - AFP

Berita Harian X