Sabtu, 16 Disember 2017 | 2:03am
SEKURANG-KURANGNYA 28 pemberontak Houthi sekitar Yaman terbunuh dalam serangan udara tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.. - Foto EPA

Tentera pakatan bunuh 28 pemberontak Houthi

ADEN: Sekurang-kurangnya 28 pemberontak Houthi sekitar Yaman terbunuh dalam serangan udara tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.

Sumber keselamatan berkata, serangan udara semalam dan hari ini mensasarkan lima bandar yang berada di bawah kawalan Houthi, iaitu kira-kira 70 kilometer di selatan Hodeida.

Sumber pasukan perubatan berkata, 28 anggota Houthi mati dan 17 yang lain cedera dalam serangan itu.

Hodeida adalah laluan utama yang digunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar makanan dan ubat tetapi ia dikuasai Houthi memaksa PBB menukar saluran bantuan ke kawasan lain.

"Setakat ini kami telah menghantar barangan bantuan kecemasan untuk 2,000 keluarga di Hodeida dan 2,000 lagi kit bantuan dalam berjalan bersama dengan 2,000 alat perlindungan kecemasan," kata PBB Bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Harian X