Sabtu, 25 November 2017 | 9:43pm
PELANGGAN mengambil swafoto bersama Xiong Gaowu. - Foto REUTERS
XIONG Gaowu, dari Chengdu mahir mencukur kelopak mata pelanggannya dengan hanya menggunakan pisau cukur.- Foto REUTERS

Tukang gunting cekap cukur kelopak mata

CHENGDU: Seorang tukang gunting rambut jalanan di China, bukan sahaja cekap mencukur rambut atau misai pelanggannya, malah kemahirannya lebih daripada itu.

Xiong Gaowu, 62, dari Chengdu mahir mencukur kelopak mata pelanggannya dengan hanya menggunakan pisau cukur.

"Kamu perlu melakukannya dengan penuh berhati-hati," kata Gaowu yang menggunakan kaedah tradisional mencukur kelopak mata sejak 40 tahun lalu.

Namun, beliau berkata, pelanggannya yakin dengan kemahiran pembersihan kelopak mata menggunakan dengan pisau cukur sejak 1980.

'Tidak, ia tidak merbahaya dan mata saya berasa segar dan selesa selepas bercukur," kata Zhang Tian, 68.

Gaowu berkata, beliau hanya menyediakan khidmat kepada lapan pelanggan seminggu dengan mengenakan bayaran sebanyak 80 yuan (RM49).

"Ia sukar pada awalnya dan lama kelamaan menjadi mudah," katanya.

Sementara itu, menurut seorang pakar mata Qu Chao, teknik yang dilakukan Xiong mungkin menanggalkan kelenjar kelembapan di sepanjang kelopak mata.

Katanya, teknik itu mempunyai risiko jangkitan kuman jika peralatan yang digunakan tidak bersih atau tidak disterilkan. - Reuters

Berita Harian X