Sabtu, 31 Disember 2016 | 11:55pm

Conte tidak percaya tawaran mega pikat Ronaldo


BOS Chelsea, Antonio Conte. - Foto Reuters

LONDON: Bos Chelsea, Antonio Conte percaya tawaran bernilai mega STG300 euro (RM1.41 bilion) yang dibuat kelab China yang tidak didedahkan terhadap Real Madrid bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo sebagai silap.

Ejen kepada Ronaldo, Jorge Mendes mendakwa pemain kebangsaan Portugal itu ditawarkan yuran perpindahan bernilai STG257 juta (RM1.42 bilion) dan dijangka menerima STG100 juta euro (RM472.08 juta) gaji setahun.

Mendes begitupun berkata Ronaldo tidak berminat dengan perjanjian itu dengan Conte berharap tawaran itu sebagai tidak benar.

"Saya fikir ia adalah cerita yang menakjubkan. Kita bercakap mengenai duit yang amat, amat, amat banyak.

"Saya tidak mahu mempercayainya. Saya tidak mahu percaya perkara ini kerana saya fikir kita bercakap mengenai jumlah duit yang tidak betul."

Ronaldo baru-baru ini menjulang Real menjuarai Piala Dunia Kelab di Jepun selepas menewaskan kelab tuan rumah, Kashima Antlers 4-2 di pentas final.

Sebelum ini, pemain Chelsea, Oscar dibeli kelab Liga Super China, Shanghai SIPG dengan nilai STG52 juta (RM288.05 juta) minggu lalu manakala Carlos Tevez yang pernah dibimbing Conte di Juventus menjadi bintang terbaharu berpindah ke China.

"Saya melihat kontrak terakhir, kontrak terakhir Carlos Tevez," kata Conte. "Saya fikir kita bercakap mengenai jumlah duit yang banyak. Tawaran seperti ini menakjubkan, sukar untuk pemain-pemain untuk berkata 'tidak.'

"Namun saya perlu jujur, saya fikir ia salah. Kamu perlu menghormati duit." - Agensi

Berita Harian X