Selasa, 3 Disember 2019 | 11:33am
Pegawai polis dan keselamatan mengawal lokasi kedian letupan di taman Tugu Negara Indonesia, berhampiran istana presiden. - Foto REUTERS

Dua cedera letupan bom asap di Jakarta

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua pegawai tentera cedera apabila peranti letupan dipercayai bom asap meletup di taman Tugu Negara Indonesia, berhampiran istana presiden di tengah Jakarta hari ini, kata ketua polis bandar raya itu.

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo tiada di kediaman rasmi itu ketika letupan berlaku, kata jurucakap presiden.

Tidak dapat dipastikan sama ada letupan disebabkan serangan berunsurkan agama, tetapi negara paling ramai umat Islam di dunia itu, berhadapan kebangkitan militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Letupan di taman itu disyaki disebabkan bom asap, dan dua pegawai tentera yang cedera sudah dibawa ke hospital, kata ketua polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono, kepada sidang akhbar.

Mereka sedang bersenam di taman itu ketika kejadian, kata ketua tentera Jakarta, Eko Margiyono.

Pegawai polis menutup menutup darah yang tumpah dengan tanah di lokasi letupan di Jakarta. - Foto AFP

Ditanya sama ada letupan disebabkan serangan, Pramono menjawab: “Kami belum merumuskan ia kerana masih menyiasat.”

Terdahulu jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono, memberitahu Kompas TV: “Ada letupan tetapi kami masih menyiasat puncanya.

“Mangsa tercedera sudah dibawa ke hospital.”

Bulan lalu, enam cedera selepas

seorang pelajar universiti berusia 24 tahun meletupkan diri sendiri di luar ibu pejabat polis di Medan. —Reuters

Berita Harian X