Jumaat, 1 November 2019 | 11:53pm
Police officers drive away a lorry (C) in which 39 dead bodies were discovered sparking a murder investigation at Waterglade Industrial Park in Grays, east of London, on October 23, 2019. - British police said 39 bodies were found near London Wednesday in the container of a truck thought to have come from Bulgaria. Essex Police said the people were all pronounced dead at the scene in an industrial park in Grays, east of London. Early indications suggest the victims are 38 adults and one teenager. A 25-year-old man from Northern Ireland has been arrested on suspicion of murder. (Photo by Ben STANSALL / AFP) (Photo by BEN STANSALL/AFP via Getty Images)

Kes kematian 39 individu, polis Vietnam tahan dua suspek

HANOI: Polis Vietnam menahan dua suspek berhubung kematian 39 pendatang asing yang mayat mereka ditemui dalam trak sejuk beku di Britain, dipercayai rakyat Vietnam.

Penangkapan itu dibuat selepas polis Britain menahan empat suspek berhubung kes itu.

Polis berkata, dua suspek ditahan itu kerana didakwa terbabit dengan kes yang mana mendedahkan kes pemerdagangan manusia dari Vietnam ke negara Eropah.

Menurut kenyataan polis di tengah Vietnam hari ini, kebanyakan mangsa yang maut itu datang dari wilayah Ha Tinh di mana mereka turut menahan dua suspek berhubung kes 39 mayat yang dijumpai dalam sebuah trak di United Kingdom.

Laporan itu berkata, suspek itu didakwa kerana ‘menguruskan dan menjadi orang tengah kepada orang lain untuk ke luar negara dan menetap secara haram’.

Pada 23 Oktober lalu, 39 mayat dijumpai dalam trak di kawasan industri di Essex, timur London.

Polis menahan seorang pemandu trak berusia 25 tahun dan dia didakwa dengan 39 tuduhan membunuh.-AFP.

Berita Harian X