Selasa, 15 Oktober 2019 | 9:45pm
Ular tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap dalam pembetung di Krabi, Thailand, yang dianggap sebagai antara reptilia terbesar pernah ditangkap tahun ini. - Foto AFP

Ular tedung selar empat meter ditangkap di Krabi

BANGKOK: Ular tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap dalam pembetung di Krabi, Thailand, yang dianggap sebagai antara reptilia terbesar pernah ditangkap tahun ini.

Satu rakaman video penangkapan reptilia yang disiarkan pertubuhan menyelamatkan haiwan menunjukkan seorang lelaki dengan berani mengejar dan menarik keluar ular dari pembetung.

Sebelum itu, ular terbabit ditemui pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan perumahan sebelum dia menghubungi pertubuhan menyelamatkan reptilia terbabit.

“Tujuh orang termasuk saya masuk ke dalam longkang untuk menangkap ular itu,” kata Kritkamon Kanghae, 26.

Katanya, reptilia paling merbahaya di dunia itu kemudiannya dilepaskan semula ke kawasan hutan. - AFP

Berita Harian X