Rabu, 11 September 2019 | 3:54pm
Penduduk Indonesia mengerjakan solat hajat sambil memakai penutup mulut memohon agar hujan turun di PekanBaru, daerah Riau, Indonesia. - Foto EPA

Penduduk Sumatera, Borneo solat mohon hujan

JAKARTA: Ribuan penduduk Indonesia melakukan solat memohon agar hujan turun di beberapa bandar yang dilanda jerebu di Sumatera dan Borneo, hari ini, ketika kebakaran hutan berlaku pada masim kering, kata agensi berita Antara.

Antara melaporkan, ribuan penduduk di Pekanbaru, ibu negeri wilayah Riau di Sumatera, mengadakan solat sunat istisqa (memohon hujan) di luar pejabat gabenor. Kebanyakan jemaah yang terbabit memakai topeng untuk melindungi diri daripada asap.

“Kami berusaha melakukan yang termampu, kini kami memohon kepada Allah untuk menurunkan hujan,” kata timbalan gabenor wilayah, Edy Nasution kepada agensi berita itu.

Menurut agensi itu, solat yang sama turut diadakan di Kalimantan, susulan kualiti udara yang berada pada tahap tidak sihat dan sekolah terpaksa ditutup.

Kebakaran memusnahkan sebahagian besar kawasan di Sumatera dan Borneo untuk tempoh lebih daripada sebulan dan kerajaan Indonesia mengerah 9,000 tentera, polis dan kakitangan agensi bencana untuk mengawal kebakaran. - Reuters

Berita Harian X