Jumaat, 16 Ogos 2019 | 12:42pm
Indonesian parliament members sit as President Joko Widodo delivers a speech ahead of Independence Day, at the parliament building in Jakarta, Indonesia, August 16, 2019. REUTERS/Willy Kurniawan

Jokowi cadang pindah ibu negara ke Borneo

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo secara rasminya mencadangkan kepada parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo.

Widodo menyatakan cadangan itu ketika berucap di parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.

“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas memenangi pilihan raya April lalu.

“Ibu negara bukan sekadar satu simbol identiti nasional, ia juga adalah gambaran kemajuan sebuah negara. Ia adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi,” katanya, tanpa menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu itu. - Reuters

Berita Harian X