Ahad, 11 Ogos 2019 | 12:30am
Pasukan penyelamat mengangkat mangsa yang berjaya diselamatkan. - Foto AFP

Korban tanah runtuh Myanmar meningkat 41 orang

MAWLAMYINE: Jumlah kematian tanah runtuh disebabkan hujan monsun di timur Myanmar meningkat kepada 41 orang, lewat semalam, ketika pasukan keselamatan meneruskan misi mencari mangsa pada malam kedua.

Bencana itu berlaku di kampung Ye Pyar Kone, kelmarin dan timbunan lumpur menimbuskan 27 rumah.

Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus, sepanjang malam kelmarin sehingga ke lewat semalam, menggunakan jentolak dan tangan untuk mencari mangsa terperangkap dalam lumpur.

“Jumlah kematian sudah meningkat kepada 41 orang. Ada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing masih hidup, namun tidak manusia terselamat,” kata pentadbir perbandaran, Zaw Moe Aung.

Setakat ini, 47 orang cedera dan pihak berkuasa percaya kira-kira 80 mangsa masih belum ditemui.

Myanmar dilanda musim monsun setiap tahun seperti beberapa negara Asia Tenggara lain sehingga menyebabkan rumah puluhan ribu penduduk ditenggelami air atau tertimbus dalam tanah runtuh. - AFP

177 dibaca
Berita Harian X