Jumaat, 9 Ogos 2019 | 9:48pm

Lapan didakwa bantu pemberontak Rakhine

YANGON: Seramai lapan orang dituduh kerana memberi sokongan kewangan kepada pemberontak etnik Rakhine, termasuk beberapa orang daripadanya yang diusir dari Singapura.

Semua tertuduh didakwa secara rasmi di bawah undang-undang antikeganasan di sebuah mahkamah dekat sini.

Suspek yang dibicarakan termasuk Aung Myat Kyaw yang dipercayai saudara lelaki kepada ketua Tentera Arakan (AA), Tun Myat Naing dan seorang lagi antara enam yang diusir dari Singapura Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut undang-undang antikeganasan kerana menyediakan sokongan kewangan kepada kumpulan yang diharamkan itu.

“Lapan orang sudah didakwa,” kata peguam bela, Kyaw Myo Htun.

Katanya, jika didapati bersalah, mereka mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sementara itu, AA gagal dihubungi untuk memberikan komen mengenai kes itu. -AFP

338 dibaca
Berita Harian X