Rabu, 7 Ogos 2019 | 9:52pm
Gambar fail, wartawan Australia Ross Dunkley bercakap kepada pemberita selepas pendengaran mahkamah di perbandaran Kamaryut di Yangon pada Jun 2011. - Foto REUTERS

Pengasas Times Myanmar dipenjara 13 tahun

YANGON: Sebuah mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kepada seorang penerbit akhbar warga Australia selepas disabitkan dengan jenayah dadah.

Hukuman dijatuhkan setahun selepas polis menemui dadah jenis methamphetamine dan candu di kediaman Ross Dunkley, 62 yang ditahan bersama rakan kongsinya John Mackenzie dan beberapa wanita Myanmar dalam satu serbuan pada Jun 2018 di Yangon.

Polis berkata, mereka menemui kristal methamphetamine, heroin dan ganja.

Peguam Khun Ring Pan berkata, Dunkley dan Mackenzie masing-masing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun, manakala lima warga Myanmar masing-masing dipenjara 11 tahun.

“Kami akan berbincang dengan anak guam kami dan akan menentukan tindakan selanjutnya,” katanya.

Selain menjadi pengasas bersama akhbar berbahasa Inggeris Times di Myanmar, Dunkley turut menerbitkan Phnom Penh di Kemboja.

Pada 2011, dia dipenjara di Myanmar kerana menyerang seorang wanita dan kesalahan berkaitan visa, namun kemudian dibebaskan. - Reuters

650 dibaca
Berita Harian X