Sabtu, 18 Mei 2019 | 11:52am
- Foto Hiasan

Anjing selamatkan nyawa bayi

BANGKOK: Seekor anjing berkaki tiga diangkat sebagai wira di utara Thailand selepas membantu menyelamatkan bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya.

Bayi lelaki itu ditinggalkan ibunya, berusia 15 tahun, bagi menyembunyikan kehamilan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Anjing yang dinamakan Ping Pong itu menyalak dan mengorek lubang bayi itu ditanam di kampung Ban Nong Kham.

Pemiliknya, Usa Nisaikha, kemudian ternampak kaki bayi itu terkeluar dari lubang.

Penduduk tempatan segera membawa bayi itu ke hospital dan disahkan sihat oleh doktor.

Usa berkata, Ping Pong kehilangan sebelah kakinya selepas dilanggar kereta.

“Saya memeliharanya kerana ia setia dan taat, selalu membantu saya apabila saya ke padang untuk mengembala ternakan.

“Ia disayangi seluruh penduduk kampung,” katanya.

Ibu bayi itu kini didakwa kerana meninggalkan anak dan cubaan membunuh. — Agensi

603 dibaca
Berita Harian X