Rabu, 15 Mei 2019 | 9:11pm
Penolong Setiausaha Agung (Hal Ehwal Kemanusiaan) PBB, Ursula Mueller (tengah), ketika melawat Sittwe, Rakhine, Myanmar, baru-baru ini. Foto EPA

PBB gesa pekerja bantuan dibenar ke Rakhine

YANGON: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar membenarkan pekerja bantuan masuk ke Rakhine, kerana pertempuran antara tentera kerajaan serta pemberontak, boleh menjejaskan kehidupan penduduk.

Sejak pertempuran tercetus akhir tahun lalu, hampir 33,000 penduduk terpaksa berpindah dari wilayah berkenaan.

Penolong Setiausaha Agung (Hal Ehwal Kemanusiaan) PBB, Ursula Mueller, berkata pihak berkuasa menolak permohonannya untuk bertemu dengan penduduk terbabit.

Penduduk bekerja kini tinggal di wilayah yang tidak boleh dikunjungi pekerja bantuan, terutama sejak konflik itu berlaku.

“Kami mahu kebenaran diberikan, secara tetap dan berterusan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Jika tiada bantuan, termasuk klinik bergerak tidak boleh disediakan untuk kemudahan penduduk, mereka tidak akan mendapat perkhidmatan itu.

“Justeru, keperluan mereka tidak dapat dipenuhi, mengakibatkan ramai yang akan menemui ajalnya,” kata Mueller kepada Reuters semalam, selepas menamatkan kunjungan selama enam hari ke beberapa negara di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, usaha Reuters untuk mendapatkan maklum balas daripada jurucakap Kerajaan Myanmar tidak berhasil. - Reuters

158 dibaca
Berita Harian X