Sabtu, 4 Mei 2019 | 8:50am
RAJA Vajiralongkorn hari ini memulakan upacara rumit Buddha dan Brahmin sebagai simbol mengubah beliau menjadi dewa. - Foto EPA

Thailand mulakan proses pertabalan Raja Vajiralongkorn

BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn, hari ini memulakan upacara rumit Buddha dan Brahmin sebagai simbol mengubah beliau menjadi dewa ketika Thailand secara rasmi menabalkan raja pertama dalam masa hampir tujuh dekad.

Beliau diiringi permaisuri barunya, Ratu Suthida, selepas pengumuman mengejutkan tiga hari sebelum pertabalan bahawa duda sebanyak tiga kali itu sudah berkahwin buat kali empat.

Pada jam 10.09 pagi waktu tempatan yang ditetapkan pakar astrologi, Vajiralongkorn, 66, akan mengenakan pakaian serba putih ketika menjalani upacara pembersihan diraja dengan air suci disiram di kepalanya.

Beliau menjadi raja berpelembagaan selepas kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej, pada Oktober 2016 selepas 70 berada di atas takhta.

Pertabalan Raja Vajiralongkorn, selepas tempoh berkabung, dibuat ketika ketidaktentuan keputusan pilihan raya yang belum selesai antara ketua junta tentera dan ‘barisan demokrasi’ yang cuba menolak pengaruh tentera dalam politik.

Upacara pertabalan adalah proses gabungan Buddha dan kasta Brahmin Hindu sejak beberapa abad lalu.

Antara banyak gelaran rasmi, Raja Vajiralongkorn memilik Rama X atau Raja ke-1o daripada dinasti Chakri yang diasaskan pada 1782.

Upacara hari ini, yang menyaksikan beliau mandi dengan air suci dan ditabalkan, bertujuan mengubah Vajiralongkorn menjadi ‘Devaraja’.

Berita Harian X