Selasa, 12 Februari 2019 | 10:30pm
- Foto BangkokPost

Thailand gantung saluran TV dikait dengan Thaksin

BANGKOK: Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan Thailand (NBTC) hari ini menggantung lesen operasi sebuah saluran televisyen yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, beberapa minggu menjelang pilihan raya umum, atas faktor kebimbangan keselamatan negara.

Katanya, dua program menerusi saluran Voice TV, iaitu Tonight Thailand dan Wake Up News, didakwa menyebarkan maklumat sehingga menyebabkan kekeliruan awam dan kekacauan.

“NBTC mengarahkan Voice TV mempertingkatkan perkhidmatannya dengan penggantungan lesen selama 15 hari,” kata salah seorang ahli suruhanjaya, Perapong Manakit.

Pilihan raya umum Thailand yang berlangsung 24 Mac depan akan menyaksikan parti tentera dipimpin Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha menentang parti yang mempunyai kaitan dengan keluarga Shinawatra dan pengikutnya adalah pilihan raya yang pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

Voice TV dimiliki dua anak Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 dan turut tinggal dalam buangan sejak 2008 bagi mengelakkan terbabit dalam tuduhan rasuah.-Reuters

219 dibaca
Berita Harian X